Breaking News
recent

Bloodshed - Manifestasi Cinta (Single Terbaru)

Lagu Single Terbaru Bloodshed - Manifestasi Cinta

MasterComp Menulis:
20 Dec 2008

Kumpulan Bloodshed secara rasminya telah mengeluarkan sebuah lagu Single terbaru mereka bertajuk Manifestasi Cinta.

Lagu oleh Hamdan Reko & Bloodshed manakala seperti album-album terdahulu, lirik masih mengekalkan Man Boron sebagai penulisnya. Kolaborasi diantara Bloodshed dan Man Boron tidak dapat dipisahkan dan telah menjadi satu trademark kepada kumpulan ini.

Manifestasi Cinta adalah merupakan kesinambungan kepada lagu Nostalgia Rindu yang pernah menjadi siulan orang ramai semenjak zaman Battle Of The Bands 86 lagi. Lagu ini juga bertujuan untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa Bloodshed benar-benar telah kembali kedalam industri muzik tanahair dan serius dalam memperjuangkan muzik mereka.

Bloodshed kini dianggotai oleh Hamdan Reko (Gitarist Utama), Judy (keyboardist), Hamdan Triumph (Drum), Joe (Bassist) dan Hakeem (Vokalist Utama). Apabila ditanya mengenai vokalist baru mereka, Judy sebagai jurucakap utama Bloodshed menyatakan bahawa ini adalah merupakan satu strategi mereka dalam menarik minat peminat-peminat baru khususnya para remaja dan seterusnya peminat-peminat lama mereka untuk terus meminati kumpulan itu. Namun begitu tidaklah bermakna mereka menyisihkan ahli-ahli mereka yang terdahulu. Mereka tetap menjadi sebahagian daripada Bloodshed.

Untuk mendengar lagu terbaru Bloodshed Manifestasi Cinta ini dan lagu-lagu mereka yang terdahulu, anda boleh melayari website utama mereka iaitu di http://bloodshed.com.my

Kepada pihak yang memerlukan khidmat Kumpulan Bloodshed ini untuk sebarang majlis atau persembahan. Sila hubungi Hamdan Reko ditalian 0193345044 atau MasterComp ( Zack) 0126278447.

Bloodshed Kembali.....

eNasyid

eNasyid

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.