Breaking News
recent

Event: Rock Alive 2010


Apabila MasterComp menulis:

Rock A Live

Gegar!!!.. jika anda ketandusan muzik rock secara LIVE, kini peluang itu sudah terbuka luas buat anda. Jazz Entertainment dan Rancak Cipta Sdn Bhd bekerjasama menganjurkan konsert rock yang segar dan mantap, Dengan tema mereka kali ini iaitu Muzik Rock Masih Hidup "Rock A Live". Sidang akhbar dan Sambutan Rumah Terbuka aidilfitri yang bertempat di Onecafe, KL telah dillaksanakan pada 26hb.9.2010 yang lalu bagi menghebahkan penganjuran konsert ini. Sungguh meriah sekali dengan kehadiran wartawan-wartawan media cetak, elektronik dan karyawan-karyawan blogger.

Konsert yang akan berlangsung pada 3.10.2010 ini menampilkan artis-artis seperti Man Keedal (lefthanded), Kumpulan Handy Black (bersama dua penyanyi mereka Zul Handy Black dan Amar Handy Black) dan juga Omar Akeera dari Kumpulan Vision. Persembahan konsert ini diaturkan mengikut dua sesi iaitu siang dan malam. Sudah sekian lama kita didedahkan dengan konsert-konsert percuma, apasalahnya kita menyokong artis-artis rock dengan menyaksikan kembali konsert-konsert yang berbayar seperti ini. Pasti anda teruja dan  terhibur.

Info konsert serta Kumpulan-kumpulan dan artis yang akan beraksi di  konsert Rock A Live ini seperti berikut:

Tarikh: 3 Oktober 2010
Hari: Ahad
Tempat: One Cafe, Jalan Tengku Abdul Rahman, Kuala Lumpur
Masa:
  • 2.00pm - 6.00pm (siang)
  • 8:30pm - 1:00am (malam)
Persembahan Sesi Siang:
  • Nalo (Singapura)
  • Rosewell
  • Sniperz
  • Cropox Band
  • Clay Band
  • Last kids
  • Slash Band
  • Avidity
  • Mission
  • Project Band
Persembahan Sesi Malam
  • Man Keedal (Lefthanded)
  • Handy Black (bersama dua penyanyi Zul Handy Black dan Amar Handy Black)
  • Omar Akeera (Vision)
Opening Band
  • Metallan The King 
-Vokal - Bob Screamer
-Guitar - Metallan
-Bass - Nos Spike (Hayagriva)
-Drum - Sham Hammer

Sound Engineer : Mubari
 
Dapatkan tiket -tiket konsert berharga RM30 di pintu masuk One Cafe atau hubungi Lan - 0175026305 

p/s: Sapa kata Rock kapak sudah hilang Seri? Jom le tengok konsert ni :)

ERA ROCK KAPAK
http://melayurock.blogspot.com
http://melayump3.multiply.com
http://erarock.org All by: MasterComp
eNasyid

eNasyid

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.