Breaking News
recent

Kronologi Live Rahim Maarof Feat Joe Burnmark 2014


Apabila MasterComp Menulis..

Kronologi dari pandangan aku.. (Sila Klik Pada Gambar Untuk Paparan HD)

Dahulu, aku sering mendengar lagu-lagu mereka samada di corong corong radio, kaset,piring hitam dan CD-CD kepunyaanku atau melihat sahaja mereka beraksi di siaran TV dan juga akhbar serta majalah. Kaset, LP dan CD album mereka penuh aku simpan di rumah dan di belek-belek kembali apabila aku teringat akan mereka. Terdetik juga, bila agaknya aku dapat melihat persembahan mereka secara langsung (LIVE). Hari berganti hari... tahun demi tahun berganjak...dan aku semakin dewasa. Namun peluang dan kesempatan untuk melihat mereka beraksi sendiri masih belum kunjung tiba. Nah kini peluang sudah didepan mata. Kisahnya bermula pada suatu hari, sahabatku Hasbe Zuzaini (Ejen Hiburan) telah mengemaskini FBnya (Update) flyers Persembahan Live Rahim Maarof feat Joe Burnmark 2014. Aku sangat gembira dan teruja, ini suatu perkara yang tidak boleh dilepaskan getus hati kecilku.


Hari yang dinanti-nantikan sudah tiba, 9 May 2014 , aku bergerak dari rumah dengan perasaan yang berkobar-kobar menuju Malaysian Rock Cafe yang terletak di setapak, Kl. Cuaca yang baik dan jalan raya yang lancar pada hari itu memudahkan perjalanan aku untuk sampai ditempat yang dituju. Sesampai sahaja aku disana, tiket masuk RM35 masih belum ada ditangan. Pada ketika itu muzik dan nyanyian Kumpulan Satira sudah bermula dan jelas kedengaran di luar Cafe. Sorang brother penjual tiket menghampiri aku "Tiket dah beli ke belum?" soalnya padaku. "Belum ada lagi bro, tunggu kawan bawa tiket belum sampai lagi" jawapku malu-malu. Lantas aku menelifon sahabatku Wafi dari Kumpulan NRG. "Yop, engkau kat mana nie? aku dah sampai ni ha...tadak pun ko nie" kata ku. "Aku dekat Studio lagi nie, tunggu sekejap lagi aku sampai" selamba je Wafi membalas. Mundar mandirlah aku diluar Cafe itu sambil mendengar lagu-lagu dari Kumpulan Satira yang semakin rancak dan hangat.

Tidak lama kemudian si Wafi NRG pun muncul bersama gitar yang tersangkut dibahunya sambil tersengeh-sengeh. "Master jom masuk, aku pun perform hari nie dengan Joe Burnmark" katanya lagi. Selesai saja Wafi NRG membayar tiket pada Brother penjual tiket itu tadi, aku pun mengekorinya masuk kedalam Cafe. Fuh!! bahang Rock serta merta menusup keseluruh anggota badan. Bergetar jiwa, kakiku automatik bergerak-gerak dan kepala terhangguk - hangguk melayan muzik rock . Wafi entah hilang kemana, bersiap sedia untuk perform agaknya. Aku pula terus mengambil tempat yang sesuai untuk mengambil gambar.

Kumpulan Satira..

Kumpulan Satira masih bersemangat dengan mendendangkan lagu-lagu dari album terdahulu dan juga dari album terbaru mereka Paradoks. "Paradoks sekeliling kita, Memberi gambaran bermakna, lebih tinggi banggunan dibina, lebih rendah mentaliti kita" Nyanyian Doran Satira dengan Vokal yang garau mengalunkan lagu dengan baik sekali. Mus Satira menggoreng gitar sambil menghayati lagu dan kadang kala tersenyum-senyum memandang peminat, Raob Bassist tak mengalah dengan petikan Bass yang jelas dan padat serta Zuld'jian menghentam Drum dengan pantas. Sungguh bertenaga mereka, luar biasa. Kini tiba giliran lagu yang aku nantikan iaitu Surat Dari Hiroshima. "Peristiwa Dihiroshima, Era Nuclear Pun Bermula,Letusan Sonik Hening Tercabar, Ajal Menjelma,Sinaran X Pancaran Gamma Bagaikan Kilat Halilintar " Diantara lirik yang dialunkan. Aku mengikut menyanyi bersama-sama.. wah sungguh hebat.
Walaupun stail nyanyian dan susunan muzik dimainkan untuk lagu ini tidak sama seperti album terdahulu,.. tapi itu semua boleh dimaafkan, kerana show Live mereka ini lebih mantap dan bertenaga. Sound system yang digunakan pada kali ini juga begitu baik, menyebabkan gegendang telinga aku dapat menangkap dengan kemas dan jelas permainan muzik mereka sehingga ianya berjaya menyentuh dan menusuk ke sanubariku. Aku tabik spring untuk persembahan Kumpulan Satira untuk kali ini.



Kumpulan Back Bakers (Rose Sherox)

Tiba giliran Kumpulan Back Bakers mengambil tempat. Rose Sherox (asal Vokalist Kumpulan Sherox) sebagai vokalist mengalunkan beberapa lagu enggeris. Beliau memanaskan suasana dengan lagu permulaan dari kumpulan Loudness - Heavy Chain "She wants to run, goin' on Point of no return, No looking back, hope is gone,Just a slow burning, Lost without love, so she tries.." Tepukan semangat dari peminat dan siul - siulan kedengaran...Mantap!!!. Disambung pula dengan lagu seterusnya dari Joan Jett "I Hate My Self". Tidak cukup panas dan tidak cukup rock, lagu
ketiga pula dari Kumpulan Deep Purple "Black Night" dan mengakhiri persembahan dengan "Highway Star" wah! hebat lagi Vokal Rose Sherox nie kata hatiku. Nada-nada tinggi masih boleh di nyanyikan. Layan rock kaw-kaw aku hari nie...Yang bestnya peminat-peminat yang hadir turut sama mengikut lagu-lagu hits tersebut yang sentiasa di ingati ke hari ini.



Joe Burnmark & Rakan-Rakan

Joe Burnmark mengambil tempat bersama ahli2 bandnya dan memulakan persembahan dengan lagu-lagu Gitar Instrumental beliau. Sungguh asyik dan mengagumkan. Stail petikan gitar Mamsteen jelas kedengaran. Rakan-rakan artis dan pemuzik jemputan beliau mengambil tempat mendendangkan beberapa lagu berganti-ganti. Diantaranya dari kumpulan Getback iaitu Rahim Getback sebagai Vokalist, Wafi NRG Vokalist, Ezra Bassist, Nan Keyboardist dan Dizzy drum. Terbaik dan menghiburkan. Kesemuanya lagu enggeris yang mereka bawakan.. tiada lagu rock melayu. Yang ini aku kurang selesa sedikit. Kumpulan Rock Melayu tapi tiada lagu melayu?..adus!!!





Joe Burnmark  & Rahim Maarof

Saat yang dinantikan pun tiba, Sambil memakai baju berhood menutup kepala Rahim Maarof naik kepentas. Belum sempat bertanya khabar dengan peminatnya, Tiba-tiba ruang cafe bergema dengan nyanyian beramai-ramai secara spontan. Wah! peminat memulakan nyanyian lagu Cinta Kristal beramai-ramai tanpa muzik " Mentari Cinta ku ini jangan di padamkan, jika terpadam fanalah harapan, bawaku pulang, bawaku pulang" Rahim Maarof yang terharu dengan sambutan peminat-peminatnya itu terus menyambut dan menyanyikan lagu itu bersama-sama diiringi pemuzik Joe Burnmark Gitar, Nan Keyboardist, Raob Bassist dan Dizzy drum. Seterusnya lagu-lagu enggeris berentak padat, keras dan pantas pula dinyanyikan Rahim Maarof menaikkan lagi suasana yang sememangnya dari tadi sudah kepanasan dgn lagu-lagu rock yang padu. Aku juga turut menyanyi (sing along) bersama-sama dengan mereka apabila lagu-lagu yang dipersembahkan itu, aku ketahui liriknya. Namun begitu, ada diantara peminat-peminat yang tersinggung dengan keletah Rahim Maarof yang meminta peminatnya untuk tidak mengambil Video persembahannya beberapa kali ini. "jangan tangkap video saya, tangkap gambar mereka" sambil menunjukkan kearah peminat. Apapun, keletahnya itu tidak merencatkan persembahan beliau. Melompat, headbanging, memutar-mutarkan microphone, beraksi, berinteraksi dan bernyanyi bersama pemuzik dan peminat diantara aksi-aksi Rahim Maarof yang membuatkan semua peminatnya terpukau dan terhibur. Tiada kata yang dapat diungkapkan lagi.Hati kecilku mengatakan, persembahan Otai Rock Star sememangnya sungguh berlainan sama sekali... Vokal mantap, bertenaga dan pastinya sungguh menghiburkan.







Tidak perasan masa berlalu dengan pantas, sudah jam 12.30 pagi..acara persembahan berakhir dan peminat-peminat beransur pulang. 

Kesimpulan yang dapat aku gambarkan adalah, persembahan Live show pada kali ini sangat meriah, menarik, mantap, terhangat, bedeboom, Jangan dicari lagu dangdut atau lagu berentak leleh pada kali ini, kerana kesemuanya mengalunkan lagu-lagu berentak Keras, Rancak, dan bertenaga. Walaupun acara begitu meriah sekali namun begitu tetap ada bak pepatah "Rumah Sudah Pahat Berbunyi".

Disini aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mus Satira yang menjemput aku melihat persembahan beliau, Wafi NRG yang menapau tiket utk aku, Hasbee Zuzaini Lagenda ejen hiburan,  Joe Burnmark, Joe Bloodshed, Rose Sherox, Raob Satira, Atok Akeem,  Razis kassim, Ezra Getback, Rahim Getback, Nan keyboardist, Lolan Headwood, Zidie Garcia, Brother-brother dari Majalah Konsert, Malaysian Rock Cafe, Nikki Lee yang bersemangat walaupun tak dapat hadir serta rakan-rakan lain yang aku tak tahu namanya.... Lu org mmg rock lah... cayalah!!!


eNasyid

eNasyid

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.